Sawadikap Thailand Part 2


 Kita sambung rancangan pengembaraan kita atas permintaan para pembaca blogs ini secara senyap dan  tetiba mereka memberi feedback untuk cepatkan sambungan rancangan yg akan disiarkan di piring astro rumah anda tidak lama lagi. Okay sampai jaa Patayya beach, ambik teksi untuk check in resort. Teksi dia bukannya kereta pakai meter yang kau tahan tepi jalan pastu berhenti. Teksinya adalah sebuah motor yang macam roda tiga cerita bujang sepahh tuuu. Hakhakhak. Punya aaa style lalu dekat Walking Street tuu dia bawak macam nak willi.

Ini adalah Walking Street. Dekat sini bersusun kedai souvenirs, restoran,bars,tatoo shops,Thai massage serta anjing banyak bergelimpangan dekat sini.So, datang sini memang kena beware of dogs. Manakala kucing pulak semua pakat menyorok duduk celah lorong gelap senyap senyap. Faham faham jaa laaa bila anjing dengan kucing bertemu boleh jadi raining cats and dogs. Okay yang tak faham tuu boleh diam dan baca buku idioms.

Sekali pandang rasa macam dekat Maldives kann. Memang cantik sangat SubhanaAllah pemandangan dari bahagian reception counter Wapi Resort tempat kami bermalam. Untuk yang memang teringin nak pergi Maldives yang nun jauh dalam peta dunia, aku prefer datanglah Koh Lipe Island ni. Tempat dia memang cantik sangat. Koh Lipe ni memang antara pulau yg tercantik dekat Thailand. Maldives of Thailand. Tak cayaa search laa pakcik google.

                             





                           
Keesokkan harinya, bangun di awal pagi bersarapan dengan bekalan yang di bawa dari tanah besar.Terus terang aku cakap breakfast dekat resort tu tak halal tapi manager hotel prefer family aku makan buah, yogurt yang ada tanda halal, roti dan buah buahan. Itu sahaja. Tapi disebalik makanan yg tak mengenyangkan tuu ibu aku dah prepare satu beg harta karun penuh makanan dengan roti dua buku, dengan toaster yang bakaq roti tuu, maggi, mee sedap, segala keropok kudap kudapan untuk elak kebuluran. Sebab naluri seorang ibu tahu anak dan suaminya kuat makan dan melantak.
Ini adalah lautan lepas. Kalau kau suruh pakcik boat tuu jalan terus lagi terussss terussssss terusss lagi , haaa boleh sampai lautan Hindi pastu boleh laaa singgah India. Mana tauu jumpa jodoh kat sana. huhuhu.Aktiviti seterusnya ialah snorkellingggg! Wuhuuu! Pengalaman snorkelling kat sini memang takdak kat Malaysia wehh. Batu karang semuanya besar besar gred A wehhhh . Dengan air jernih. Ikan berenang renang sekali dalam laut. Memang thorbaikk! Waa cakap luu!Tapi kedalaman air laut agak dalam. Tapi memang cantik!Mula mula tuu arus laut agak kuat, kena berpaut dekat tali. Kalau terlepas. Memang kau hanyut di lautann macam titanic.Disebabkan kamera aku bukan kalis air, ketumpatan dan peluru aku tak dapat nak tunjuk betapa indahnya keindahan dalam laut yang memang indah itu.



                            
Buai laju lajuu sampai hujung duniaa dekat Pulau Koh Rawi.Tapi kann aku nak share laaa al kisah Hana Gedebee adik aku yang nombor 2 tuu dia seronok sngat naik buai pastu suruh aku tangkap gambar kononnya jadi puteri dayang senandung. Sekali haaa gedebuk diaa jatuh dari buai. Gilaa hampeh minah ni. Aku terus berlari ke laut dan malu mengaku dia adik aku. Sambil tuuu aku tahan laa gelak dan aku tak tahan akhirnyaa aku gelak aaa berdekah macam kudaa.

Lagun.Bukan Sunway Lagoon gais.Ni adalah Pulau Koh Adang. Memang magic sebab bila jalan jalan akhirnya jumpa lagun dekat sebuah pulau.

Bila malam, walking street memang meriah. Ada live band. Memang meriah laaa dan tegugat iman sebab bars kat sini cantik cantik. Rasa attractive sangat nak masuk.Tapi kau gilaa kaa nak mampuss. Aku Islam. Jadi Harommm!Setelah keletihan snorkelling, dari pukul 9 pagi smpai 4 petang, mengelilingi 5 pulau yang indah cun melecunn,apa lagi laa kann. Misi mencari makan malam laaa. Takkan laaa nak puasa makan maggi hot cup jaa.Restoran halal ada kat sini tapi tak banyak. Tapi memang kena hati hati. Usha betul betul. Sebab ada restoran yang dilabel halal tapi hidang beer.Agak kurang ajar disitu. Finally jumpa satu restoran yang betul betul halal dan bersih.Aku ni sebenarnya allergic seafood. Tapi aku tak boleh tahan dengan keseksian makanan yang memang mengoda apatah lagi tomyam dia memang sedapppp tak terkataaa!
                              

     

      

       

        
Hari ke-3, checkout dan pulang semula ke jeti Pak Bara.Dengan topi ala ala mafia yang trpaksa aku pakai. Untuk pengetahuan, aku bukan saja saja pakai macam tuuu wehhh. Penangan makan seafood dan kemasinan air laut dengan kulit aku yang sensitif ,bangun pagi tengok tengok muka aku naik allergic bernanah dengan hidung membengkak. Erghh sumpah ngeri!Lagi best tak bawak ubat allergic. Haa padann! Padann lee mukaa!Dan aku pulang dengan muka allergic bercoral merah menyala.
Berakhirlah pengembaraan Jannah Syaqereen dan keluarganya di Koh Lipe Island,Thailand. Dah jom balik! Marilah pulang dan cari ubat allergic dekat Hat Yai. Bye.

4 comments:

  1. sis tertarik dengan gambar2 yang ditangkap semuanya cantik dan ada gaya . terserlah keindahan ciptaan yg Maha Esa dalam gambar2 tu semua . sis tengok awak memang ada bakat in photography's art . good job :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis,Alhamdulillah.Syukran. Thankyouu bagi feedback paling winn dan seriously sngat membina. Terima kasih bnyak2 :)

      Delete
  2. nk tnya skit pakai camera apa ye? lawa gmbr. apa2 pon penceritaan yg menarik membuatkan aku baca smpai habis hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disamping tmpat ni yang mmg cantik, aku pakai dslr dan pnghasilan gmbar nmpak unik sikit. HAhahaha thanks broo :)

      Delete

 
Images by Freepik