Sebuah Penghargaaan

Assalamualaikum.

Khamis lepas, iaitu semalam, pagi yang indah. Diiringi dengan gelabah aku yang dah lambat nak pergi sekolah. Kunci pintu rumah. Pakai kasut terhinjut hinjut. Pakai helmet. Start motor. Tutup pagar rumah. Vroommm Vrooooooom Vroooooooooooooooooooooommmmmmmmmmmmmmm! 
Haaa sampai sekolah.Begitulah pengulangan hari hari hari hari aku dari Isnin sampai Jumaat. Hari yang biasa sampailah suatu hari bertukar menjadi hari yang luar biasa apabila seorang hamba Allah
bagi aku satu helaian surat khabar sebelum masuk dewan peperiksaan nak jawab exam Bm.

 Mulanya,aku ingat benda ni hanya sampah yang Halim (bukan nama sebenar) ni malas nak buang.Aku bagilah balik kat dia.Suruh dia belajar berdikari sikit buang sampah sendiri.Sekali haaaa dia tunjuk satu artikel yang terpampangnya muka aku. Nama aku!MasyaAllah terloncat aku serupa beruk waktu tuu.Tak tahu laa nak cakap apa.Speechless.Hanya perkataan wooooo wooo woooo! jaaa yang aku ungkapkan. Kecoh. Hahaha Aini Yaya excited belaka sebab ada gambar diorang sekali. Dan Hanie, dia bangga dengan pencapaian aku kali ni. Terima kasih kalian semua.Aku sangat hargai. Daripada helaian surat khabar yang rata elok tanpa kedut, sampai nak lunyai laa kertas tuu masing masing baca pas kat orang tuu orang ni  :D


Sememangnya peluang yang diberi untuk aku berkongsi hasil penulisan sendiri adalah satu respon positif dan dorongan serta semangat baru untuk aku teruskan perjuangan menjadi seorang blogger. Popular? Bukan itu yang aku kejar. Aku tak anggap keluar "paper" sebagai satu kejayaan sebaliknya adalah satu permulaan yang baik dalam dunia penulisan blog.Perjalanan aku masih jauh.Merentas segala semak di hutan, berenang dalam sungai yang arusnya deras, untuk tiba di puncak gunung tertinggi kejayaan.Syukur Alhamdulillah Allah berikan nikmat walaupun hanya sementara di dunia,
aku sangat bertuah dan bersyukur.

Dengan ini, jutaan terima kasih kasihh sayang kepada wartawan BH, Kak Azma Laila yang sudi review blog aku dalam akhbar sisipan BH SKOR.Segala usaha akak, sangat saya hargai. Dan, terima kasih banyak banyak banyak banyak lagi kepada mereka yang telah ditakdirkan membelek belek surat khabar edisi 13 Mei dan terjumpa artikel tentang blog aku.Kalau tak, aku tak tahu pun pasal benda ni.Komen positif, penyuntik semangat daripada rakan rakan seperjuangan, senior senior lama dan guru kelas, Cikgu Anita,InsyaAllah akan segar sentiasa dalam ingatan dikunci rapi di dalam kepala otak,Tak lupa juga, ahli keluarga yang sangat dicintai ibu dan ayah yang tak putus putus bagi dorongan dalam penulisan blog. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Terima kasih semua.

Syukran.

P/S: Nama sekolah dah betul cuma kedudukan daerah sekolah bukannya di Teluk Intan tapi Parit Buntar. Mungkin penulis konfius agaknya. Hahaha.







No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik