Setelah tamat sekolah

Assalamualaikum duniaa. Bangunlah semuaaaa! Lihatlah padaa diri kitaa! Semuaaa serupaa! Damailah manusia! Kitaa bersaudaraaa! Assalamualaikum dunia! Assalamualaikum duniaa!

Daahhh sudahh sikit sikit. Apabila berakhirnya tahun 2015 dan munculnya 2016 aku dah takda kelam kabut nak iron baju sekolah subuh kala, kemas beg sambil buat homework semalam bila setengah jam lagi nak pi sekolah takpun gelabah dah lambat nak pi sekolah sampai tak sempat nak pakai stokin, sebaliknya bermulanya kehidupan yang penuh dengan tipu daya manusia yang penuh drama aksi dan percintaan yang ntah apa apa aku merapu ni.Okay back to the point! Back to the point!Aku cubalah mengisi masa lapang sementara tunggu result Spm ni cari kerja. Aku ingatkan susahlaa diorang nak terima muka budak2 macam aku tambah tinggi takat boleh kais kais bahu tak lepas ni.

Dan Alhamdulillah. Allah berikan aku peluang menjemput rezeki di sebuah tempat bernama Oldtown White Coffee yang dekat dengan rumah.First day kerja takda laaa apa apa masalah cuma sakit kaki laaa kena berdiri 6 jam. Hari kedua aku taktahu laa apa jadi dekat aku, aku tak sngaja pecahkan sudu porcelain pastu tak sengaja jugak terjatuhkan sauce plate yang ada chili padi time nak serve dekat customer. Hahahaha. Well donee. Biasa laa aku sekali ada benda yang crack, habis semua benda jadi hampeh pastu aku jadi gelabah.Tuu belum lagi frust bila tertumpahkan ice lemon tea kat seluar customer. Hmmm encik saya minta maaf sebab saya orang ingat encik kencing dalam seluar. Nasib baik encik baik kalau encik tak redha dengan apa yang jadi mesti encik lempang saya takpun paksa saya ganti seluar encik.Lagi sekali saya minta maaf.

Itu baru realiti aku sebagai seorang staff, tuuu belum lagi perangai customer ada yang macam syaitonn yang macam pfffttttt yang acah gangster aiii dia taktahu aku ketua gangster sekolah dulu sekali aku sumbat chopstick dalam mulut dia baru dia tahu siapa aku.Tapi nak buat macam mana pekerjaan aku kali ini terpaksa melatih aku menjadi seorang yang sabar dan tabah. Bila aku kerja ni baru aku faham perasaan menjadi staff kalau ada customer yang jenis tak sabar sabar bila order tak sampai tak sampai. Sabar laaa sikit. Kami ni bukan robot. Kalau dah tak sabar sangat buat permintaan utk layanan high class iaitu dia boleh pilih nak aku baling pinggan direct terus pi meja dia takpun dia nak aku baling makanan direct masuk mulut dia.Tapi tak semua customer perangai macamtuu ada jaa yang baik ramai yang baik sampai ada yang belanja aku Choco Freez.Terima kasihh bnyak bnyak hihi. Pastu, konflik antara staff ni takyah ceritalaa biasalaaa mesti ada punya.


Itulah  hasil pengalaman sebulan aku bekerja.Mengenali realiti kehidupan dengan manusia yang pelbagai propaganda dan drama.Walaupun aku kerja macam nak mati dan gaji yang dibayar murah gilaaa, tapi aku belajar banyak benda baru tentang susahnya nak dapatkan duit dengan ekonomi yang ntah apa apa ni. Ayah kata tak apa laaa yang penting pngalaman tuuu. Experience youu know experience! Sebab perjalanan hidup aku nak jumpa banyak lagi perangai manusia dan aku kena belajar behave dari sekarang. Sampai sini sahaja rancangan dokumentari kita pada hari ini. Esok saya kirijaa, Okay byee :D







No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik