(Cambodia) Pengembaraan secara Percuma

Assalamualaikum.
Haaa tudiaaa anda semua baca tajuk entri pun dah macam gempak meletop kebabomm kann.
Takdak laa gempak mana aku jaa yang suka over.So setelah lama betul aku tak menaip sumpah rinduu gila babi blog ini.Entri kali ni aku nak cerita pengalaman macam mana hidup 5 hari dekat tempat orang, negara Cambodia. Ewahh lai lai. Jemput duduk bersila akak nak cerita.

First, macam mana boleh sampai sana?
Macam ni universiti aku ada buka peluang untuk sesiapa yang berminat untuk mejadi sukarelawan dalam membangunkan masyarakat Muslim di Kemboja nii. So member aku promote laa kat aku nak pergi tak, aku pun tanpa berfikir panjang sambil menyedut ayaq teh o ais limau terus bersetuju. Sapa takmau pi kalau penerbangan pergi balik universiti tanggung 100% kannnn. Tapi biasalah wehh, semuanya nampak indah dipermulaan cerita, tetapi kesakitan berlaku dari pertengahan episod 4 sehingga episod akhir. Benda kalau dapat pergi free ni of course laaa sakit sikit buat kerja. Hang kena buat paperwork, sediakan bahan, sediakan segala modul.Semua ni dibuat 2 hari sebelum nak fly.Terlalu last last last minutee sangat. Paling dahsyat bila esok tuu nak fly, malam tu kena duduk kampus sampai pukul 2 pagi siapkan proposal yang tak siap lagi dengan lecterur. Balik hostel kena sambung buat kerja lagi. Letih diaa dah rupa zombie utm dah dapat tidoq 2 jam jaa.

Total student yang paksa rela dalam drama pendek ni ada 8 orang. 3 laki 5 pompuann. Everything went well masa nak pergi dan kami semua nyenyak tidoq dalam flight walaupun seat tegak. Sumpah aku noob tak adjust seat bagi baring sikit sebab ngantuk teruk sangat haa maka aku tidur dalam keadaan duduk yang tegak. Sedar sedar pilot cakap kita akan mendarat.Yeayyy. Finally aku jejakkan kaki di bumi Kemboja dengan penerbangan PERCUMA!Yaa aku suka benda PERCUMA! Hahaha.Dari airport Phenom Penh terus ke Kampung Khleang Sbek. Disini bermulanya segala aktiviti kemasyarakatan kami.Sebelum tidoq, kami pi melawat galeri kampung depan masjid yang memang dibina oleh sukarelawan sebelum ni. So tugas kami bersihkan galeri pada esoknya.

Hari kedua, hari yang indah, lepas breakfast, Ustaz Samad, orang kuat dalam kampung bawak kami naik lori. Best gilaaa weehhh naik lori! Rasa macam lembu pun ada. Tapi lebih kepada beruk naik lori sebenaqnya.Masing masing muka bangga dapat naik lori. Hahaha.Singgah sekejap dekat sekolah rendah yang ada seberang masjid. Dan kami diminta untuk upgrade kelas tadika dekat sekolah tuu. Keadaan kelas memang teruk weh daif yaa amat. Kipas lampu pun takdak. Masa tu baru aku tahu erti bersyukur. Macam insaf sekejap laaa uols. Soo, misi kami bermula dengan naik lori lagi. Pergi ke pekann membeli barang. Pekan dia memang antik dan tradisional macam Malaysia zaman dulu dulu. Rasa macam hidup zaman tokwan aku muda muda dulu. Cuma aku tak pakai kebaya dengan payung sambil pusing2 jaa time tuu.



                                 

 
School babehh


 
Kelas tadika before upgrade. Kala jengking pun ada 
dalam kelas beb. Aku tak tipu

 View ini diperoleh dari belakang sekolah. Memang betul2 
belakang Tasik Tonle Sap. Nice kann sekolah belakang tasik


Struggle tenyeh lantai galeri

Buat kerja sikit pastu makan aiskrim

Settle beli peralatan untuk membersih, Jadi kenapa beli kat sini? iyalaah bengong takkan nak angkut mop naik flight nak letak kat mana ? kepala hang? Kemudian, makan tengahari duluuu, pastu start laa kerja pembersihan kelas tadika dan galeri sampai malam.Yang bestnya buat kerja antara student ni kami buat kerja chill chill tak stress. Sambil kerja boleh makan aiskrim potong lagi.Malam tuu, aku memang makan banyak sangat. Keesokannya, bala menimpa. Pagi yang tak indah bermula bila aku sakit perut, muntah dan cirit birit. Hari ketigaa wehh  'Big Day' untuk kami sebab TV3 nak buat shooting. Acah masuk tv. Tapi hampeh. Member aku siap kena interview lagi, kami semua beria wehh suruh family bukak berita. Aku dengan muka asyik nak cirit tuu punyaa cover laa bagi nampak sihat walafiat. Last2 tak masukk. Nakharammm. Tahu tak sapa yang masuk tv, staf staf yang acah acah buat kerja tapi hakikatnyaaa kuat berlakonn.

Cambodia kiddoss. Abaikan yang tak pakai baju tuu. 
Macam tarzan dah aku tengok.


Kelas tadika lepas upgrade sikit takdak laa lawa sangat
 tapi lebih selesa dari sebelum ni


Itulah 'dark side' dan hakikatnya bila ada volunteer antara student dan staf, ada staf mulut lancang kerja tak jalan. Kami student kena push semua nak nampak perfect.Sekarang baru aku tahu dan terbukak minda tentang realiti sebenarnya kerja komuniti ni. Tapi yang seronoknya, bila dapat comunicate dengan budak budak kemboja ni. Masa mula2 haram aku tak faham langsung depa cakap apa. Nak tanya nama depa dalam bahasa inggeris pun depa tak faham. Aku nak cakap kemboja pun tak reti.Maka berhuhuhu antara dua pihak. Tapi depa memang peramah.Biasalah budak budak kecik kannn.Depa memang suka kalau kita nak sembang dengan depa, buat aktiviti dengan depa, nyanyi sama2 dengan depa. Senang cerita budak budak kecik kat sini suka belajaq. Tapi disebabkan sistem pendidikan negara yang tak berapa nak maju, ada kekurangan sikitlah.

Syukur ada sorang budak 15 tahun perempuan ni, pandai cakap English. So dialah jadi translator antara kami dengan dakdak kecik ni untuk buat aktiviti.Kebetulan adik dia tadika kat situu.Sampai kepetang melayan budak2,sampai hilang rasa nak cirit aku. Akhirnya kami buat keputusan untuk menikmati saat saat yang dinantikann iaitu membeleyy belahhh dan bercuteyyy sekejap. Memang nice aaa dapat jalan jalan dekat bandar Phenom Penh sambil naik bot waktu malam. Tapi start malam tuu jugaklah, aku punya cirit tuu makin menjadi jadi. Allahu. Dikala semua tidoq nyenyak malam itu, aku dua kali ulang alik jamban sekali masuk setengah jamm. Sumpah malam tuu aku penat cirit jaa.

Bersambung ke bahagian 2...penat dah menaip



Baju kat sini fashion dia memang up to date 
Tapi duit Malaysia kalau hang convert ke USD zaman Najib laa ni 
memang mengalir ayaq mata laa aku cakap

Masa ni aku memang tengah tahan sakit perut 
walaupun menikmati keindahan malam masa
naik bot.HikHik. 




No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik