Survey Camp Kebaaboom

Assalamualaikum.

Haaaaaiiiiiiii. Aku buat balik comeback setelah lama aku menyepiiii. Bukan taknak update tapi masa membuatkan aku nak kejaq tuu nak buat tuu nak buat ni. Last last aku penat aku tidoqq jaaa. Pada hari ini, saya Jannahe akan berkongsikan pengalaman saya pergi camping.
           Eleh minah ni camping pun nak sharee, Woi lahanat, ni bukan camping bina semangat pastu nyala unggun api nyanyi lagu tengah tengah hutan pastu babi hutan datang sondol. Bukan ya kawan kawan. Ini survey camp. Bahasa melayunya khemah ukur.

Baiklah,untuk student diploma ukur tanah UTMKL  setiap sem 2, kami memang wajib join khemah  ukur sebab nak improve carrymarks. Maka selama 4 hari 3 malam, hang kena dok tadah muka tengah matahari dengan suhu kat Kuala Linggi yang panas laut bahang dia lain macam, pastu hang kena usung alat ukur sejauh 1 km laa jugak dari homestay ke site.Untuk khemah ukur kali pertama kami ni, student civil pun join lahh sebab mereka juga perlu terjebak dengan sesi tadah muka di tengah mentari. Huhu.Mulanya, semua baik baik ajaa teman teman. Sebab homestay menghadap laut bila malam tuu angin laut menyapa muka rasa muka macam baru kena panahan cinta dari Syurga. Aceyyyyyy. Tak aku tipu jaa. Angin tuu sepoi sepoi jaa.

Jadi, hari pertama, petang Jumaat, pembahagian group, ambil alat dan buat site visit. Seronoklah dapat jejalan kampung orang. Yaa laah aku dah lama tak gi jenjalannn. Maka Jennah dan ahli groupnya Syahiroh, Apek, Pojan, Apeng dan Syahmi berjalan berkeliaran mencari site dan batu sempadan untuk tanam piket. Tetiba, kebetulan site kami dekat dengan hutan laa sikit. Ada kera pulak dok buat party atas pokok. Bergaduh pulak tuu. Wuishh bapak seram.Aku takut aku pulak yang tarik Apek ke belakang. Tengok sapa gentle sekarang ni? hahaha jk jk.

Hari kedua, pukul 7 kami dah kena standby alat, berkumpul dan nyanyi lagu "UTTTMMMM Sanjungaaannnn Baaangsaaaa" part last ja aku nyanyi paling kuat. Maka bermulalah keperitan kehidupan bila kena angkat total station, tripod, prisma pergi site. Baru angkat tauu perasaan dia semput macam angkat anak gajah. Dirikan alat lepastu cerapan bearing dan jarak bermula.Sangat stress bila terabas close tapi second kelas. Dengan nyamuk kampung yang buat serangan bertubi tubi. Dengan panas mentari lagi. Masa tu lah nak istighfar masa tu lah nak mencarut masa tu lah nak bergaduh dengan group. Sabaqq jee laaa. Maka usaha diteruskan sampai ke petang. Alhamdulillah dengan hanya sehari, dapat jugak terabas close dengan first class. Well done untuk group sayoo.

Malamnya, bukan boleh berdengkur tidoq, kena key in data pulak deyy deyy. Penat tadi tak hilang, sambung pulak kerja malamnya. Memang all out wehh sepanjang 3 hari. Esoknya sambung pulak pergi site, buat ukur butiran. Tetiba kan, perut aku buat hal, nak melabur pulak. Ya Allah dah laa homestay nak ke site tu jauh. Takkanlaa aku nak tumpang jamban rumah orang.Dengan cekal hatinya aku jalan balik pi homestay untuk melabur amanah saham aku.Sambung buat kerja.Selesai semuanya, kena prepare untuk barbeeequee pulok. Hok alohh demoo.Tapi, terpaksalah. Sambil cuci ikan, sambil bakaq ayam, sambil sambil itu jugalah transfer segala data dan buat report. Berkat kehebatan team aku, Alhamdulillah kami dapat group thorbaikkk sepanjang khemah ukur. Masa tu rasa segala penat lelah berbaloi laa. Maka peluk ciumlah hamper yang tidak seberapa itu.

Esoknya, dengan riang rianya excited nak balik belaka. Yaa laa jahh muka aku mengelupas teruk jugaklah. Ambik masa banyak hari jugaklah nak sembuh. Yang lain pun boleh tahan rentung. Ada yang tak rentung. Baru 4 hari gais belum lagi seminggu. Aku rasa kalau seminggu habis tertanggal semua kulit muka aku.Tapi, walaupun penat, pengalaman mengukur dekat site selain kat UTM memang best.Banyak benda baru yang aku belajar. Teamwork sangat penting. Masa tu lah aku belajaq realiti kehidupan sebagai juruukur. Kerja kena siapkan on timee. Stress memanglah stress. Tapi semua pengalaman ni mesti aku rindu nanti. Terima kasih untuk semua yang banyak membantu disaat kecemasan.

 Makcik makcik Geo
 Team production terbaik pelakon kayu Jannahe, penulis skrip, Syahiroh.
Cameraman Pojan, Micman, Apek, Makeup artis, Syahmi dan Apeng. Dengan itu, wujudlah
drama bersiri GEOMAX.

 Pertubuhan Bersatu Geomatik

 Ini masing masing kepala otak tak betul sebab lapar dan kepanasan melampau mungkin.

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik