The poem reciter.


Kejadian ini berlaku apabila seorang johan penyair daerah 
mencari seorang penyajak amatur untuk dijadikan sebagai
peserta pertandingan deklamasi puisi sempena Bulan Kebangsaan peringkat negeri Perak. 
Gadis ini tidak langsung mempunyai pengalaman menyertai mana mana pertandingan 
mendeklamasi sajak untuk mewakili sekolah. Hanya tahu berpantun dan melalak di dalam kelas.

Pada waktu itu, penyajak yang suaranya hebat tidak dapat menyertai kerana urusan jamuan kelas
tingkatan 5.Jadi, gadis yang kuat melalak ini dijadikan sebagai bidan terjun 
dalam pertandingan yang akan berlangsung dalam masa seminggu.
 Masa untuk berlatih sangat suntuk. Sajak perlu dihafal. Pengahayatan perlu ada. Suara dalam.
Dan segalanya supaya sajak yang disampaikan sempurna.

Sajak yang diberi dihafal hanya dalam masa satu malam yang indah.
Tapi, cara penyampaian sajak gadis ini seperti pantun. Asyik tergelak,
Tiada suara dalam. Kurang penghayatan. Sememangnya lihat seperti tiada harapan.
Cuti Raya Aidiladha disambut meriah.Tik tok tik tok tinggal sehari sebelum pertandingan.
Cikgu terkejut.Tidak percaya. Semuanya gelabah.
Latihan terakhir dibuat dalam masa yang sangat singkat.

Esoknya, 4.30 pagi bersiap di asrama.Jadi budak asrama dalam masa beberapa jam.
Seronok sebenarnya.Bergaul, bercerita, bergambar dengan aspuri tgkatan 4.
5.45 pagi, bertolak ke Manjung berbaju kebaya. Bertudung lilit lilit. 
Perjalanan yang pening, loya, disertai dengan darah gemuruh.Alhamdulillah selamat sampai,
Nombor giliran dicabut. Gadis kebaya gilirannya nombor 7. Si penyair 28.

Dupdap DupDap nama dipanggil. Peserta bernombor 7 naik ke atas pentas.
Dengan senyuman menahan gelak tetapi nervous. Sajak dideklamasi penuh penghayatan.
Lancar. Alhamdulillah.Rasa lega. Kemudian si penyair, merdu syairnya irama Tok Kenali.
Selepas selesai 40 orang peserta, keputusan pertandingan dikira.
Sementara itu si penyair dan penyajak menikmati nasi goreng percuma Dewan Bahasa & Pustaka.
Sempat tidur seketika.

 Kemudian keputusan pertandingan diumumkan.
Tujuh nama pemenang saguhati terima RM100 dipanggil tapi tiada nama kami. Patah  hati.
Tempat ketiga diumumkan, Nurjannah Syaqereen Bt Mohamad Safawi. 
Dan itu adalah nama gadis bidan terjun yg pertama kali berkebaya. Muka tercenggang.
Muka terkejut,Terus lihat wajah dua guru pengiring dan si penyair gembira dan gelak.
 Adakah aku yang bersajak tadi? Alhamdulillah ini rezeki yang Allah beri.

Kali pertama menempatkan diri di atas pentas peringkat negeri.
Tanpa pengalaman. Tidak sia sia. Tempat ketiga seperti tidak pernah disangka.
 Jutaan terima kasih kepada jurulatih Cikgu Yusdi, Cikgu Anita, Penyajak hebat, Kak Cha,
Si penyair merdu yang memberi tips pada saat akhir. Dua guru pengiring
Yang sangat baik, Dan semua pemberi semangat.

Jasa pengorbanan mereka sangat bermakna. Semoga dirahmati Allah.
Sayang semuaaaaaa.

















No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik