Aku kembali

 


Hi Assalamualaikum. Lamanya rasa tak menulis dalam blog. Banyak benda rasanya yang terjadi. Tapi tak terkongsi hingga ke sini. 

Bagaimana tergerak hati untuk menulis kembali?

Kebetulan satu hari, aku saja kemas almari yang aku simpan pelbagai memori dari zaman sekolah. Dari buku tulis karangan Bahasa Melayu sampailah jam tangan putus yang dah mati semuanya aku simpan. Aesthetic value kononnya. Hahaha. Sibuk menyusun, terjumpa satu keratan akhabar yang aku tak sangka betapa mendalamnya minat aku menulis blog pada waktu itu. Membaca setiap perkataan yang aku ceritakan dalam keratan akhbar itu, buatkan aku rasa rindunya nak menulis kembali. Nak membebel sendirian di sini. Dan paling tak sangka betapa motivasinya diri aku dulu. Biasalah zaman sekolah mana nampak lagi realiti dunia yang penuh tipu daya ini. Bila dah melangkah makin dewasa ni, banyak sangat benda yang dipelajari. Banyak juga benda pahit yang harus ditelan dan diteladani. 

Tahun 2020 yang gambarannya ada kereta terbang, rupanya seluruh dunia diserang pandemik COVID-19 dengan permainan politik Malaysia yang tidak pernah habis.Semoga kita semua sering dilindungi dan dirahmati pencipta. Akan aku kongsikan lagi penulisan di lain hari. InsyaAllah kalini penulisan yang lebih bermanfaat.

Jannah Syaqereen

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik