The end of SPM

Assalamualaikum

Well hello everybody! Yaaaaa rindunyaaaa blogs. Bestnyaaa dapat menaip balik.Syukurnyaa rasa bila dah habis Spm.Alhamdulillah. Rasa beban yang berkilo kilo beratnya terlepas dengan baik dan pergi dengan tenang walaupun peritnya hanya Allah yang tahu.Ada manusia manusia yang tanya "Haaa canaa spm?",,," Haaa cana boleh buat tak?..." Haaaa dengar cita soalan susah?" Haaaaaaa haaa haaaa.

Beginilah, sejujujujurnyaa, berdasarkan pendapat aku soalan tahun ni agak tough dan susah bagi student yang suam suam kuku kejap okay kejap tak okay macam aku ni.Bagi yang genius melampau dan rajin nak mati study takda masalah punyaa laa.Calon spm tahun ni dihadapkan dengan soalan KBAT iaitu kemahiran berfikir aras tinggi yang membuatkan semua calon spm 2015 kena be strong, kuat mental, fizikal, berfikir dengan kreatif, ikut logik dan kewarasan akal berdasarkan konsep yang dipelajari dan tabah setabah tabahnya untuk hadap soalan kbat yang kaw kaw punyaa. Terutama sejarah dengan addmath. Kau boleh terkencing, tercirit, terpitam kalau tengok soalan dia dengan kena tafsir peta dan ramal masa depan dunia. Addmath? takyah tanya laa kalau bukan otak matematik macam aku ni rasa nak membaling semua benda time exam.

 Ada yang menangis tapi aku dah mental break down hanya boleh gelak dan cakap, "Hahahaa..lembaga peperiksaan ni dia ingat lawak kot buat soalan macam ni. Seronok haaa seronok."Serious aku terpaksa cakap macam tuu sebab nak hilangkan rasa kecewa yang menikam jiwa, taknak stress dan nak bagi sedap hati supaya tak ganggu emosi aku untuk hadap lagi paper lainn yang tak tahu kerenah soalan seterusnya macam mana. Okay donee. Let by gone be by gone. Benda yang dah pergi tak perlu dikenang lagi. Biarkan dia pergi.Life must go on. Tak perlu nak sedih nak meratap sebab soalan susah.Tiada benda yang senang dalam dunia ni kecuali tidur.Kita kena chill! Kita dah usaha jadi tawakal sepenuhnya dekat Allah. Jangan pernah berhenti berdoa. Ada magic yang Allah nak bagi kalau kita mintak pertolongan dripada dia.InsyaAllah Yakinlah! Allah maha Kuasa!Allah maha Besar! Tak ada yang mustahil! 

Spm dah habis memang rasa legaaa gilaa baq hang! Tapi ada satu benda yang tak boleh didapati di mana mana kedai atau pasar raya berhampiran. Benda ni hanya diperoleh ketika bermulanya zaman persekolahan sehingga kau hantar buku teks tingkatan 5. Kenangan dan pengalaman dengan kawan sekelas, kawan kelas sebelah, kawan bangunan hujung, kawan ground floor dan kawan tingkat atas.
Yang paling banyak dengan kawan sekelas, paling best bila keseronokkan menyembang time cikgu meeting dan tak masuk kelas, keriangan buat bising dalam kelas dan kerjasama pakatan tak buat homework secara beramai ramai.

Kena denda, kena maki, kena bebel, kena cubit, kena tazkirah dengan cikgu tuu biasa laaa. Aku hadapi tanpa makan atau simpan dalam hati.Ehh aku gangster sekolah uols. Kak Long 5 Sains.Hahaha,Takdaa aaa melawak jaa.Tak legend laa kalau tak pernah kena semua ni. Tapi sapa yang tak pernah lalui semua ni sepanjang dia sekolah memang aku respect aaaa boleh bagi award pelajar berahlak mulia ataupun pelajar sahsiah terpuji. Kalau nak cerita kronologi pengalaman aku dengan classmates aku memang boleh buat buku sejarah untuk tatapan anak cucu masa hadapan. Dengan perangai masing masing yang hanya tuan punya badan jaa yang faham. Kami pernah bergaduh, pernah hidup berpuak puak tapi kami jugak selalu kerjasama, support each other, bincang elok elok dan yang penting kalau gelak kena gelak sama sama. Nak bash orang biar bash beramai ramai. Haha tak senonoh punya perangai.

Akhir kata, cewahh akhir kata, aku akan rindu semua kenangan dengan kawan kawan aku dekat sekolah. Aku takkan lupa hampa baling tepung dengan telur time birthday aku. Sumpah tak sweet langsung. Tapi aku happy. Hahaha.Iftar party berbarbequee. Dengar cerita hantu dan segala cerita dongeng dan khayalan yang pernah dicerita. Menyanyi ramai ramai dalam kelas . Tukar tukar hadiah, mintak autograph masing masing sebelum balik. Aaaaa.Aku akan ingat semua tuu kalau aku tak amnesia ataupun terhantuk konkrit atau mana mana besi jalanan InsyaAllah. Mana mana kawan sekolah aku yang baca ni sampaikanlah wasiat aku ini, aku minta maaf sepanjang perkenalan kita ada aku buat perkara yang menyinggung perasaan atau menyakitkan hati.Selalu mengusik kaa.selalu kena  pangkah atau aku buat tak layan aku minta maaf okay.Aku minta maaf seikhlasnya dari hati dengan harapan maafkan aku.Jaga diri. Hati hati di jalan raya.Sayang semuaa. Daaa.

Ini adalah hasil signature masing masing yang sempat aku kumpul.
Aku tulis Jannah Syaqereen. Suka hati ja classmate aku ni punya
banyak tempat boleh tulis kat tengah tengah tu jugak nak tulis nama dia
Maka jadilah Jannah Yang Arif Syaqereen

Antara yang paling rapat dan selalu ada dengan aku.

Maaa lovely classmates. Sohaidi cukup tak suka aku upload gambar ni sebab dia tengah
mengunyah. Hahaha lantak kau. Yang penting muka aku elok.


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik