Hati

Assalamualaikum

Aku tak pandai nak luah nak terus terang dalam sesuatu  persahabatan.
Jadi aku luah dan muntahkan segalanya disini.
Hati aku banyak pendam. Simpan makan dalam sorang sorang.

Aku ada hati yang bukan sahaja tugasnya mencerna protein,
Hati aku dikurniakan 3 saluran yang melibatkan emosi.
Gembira.
Marah.
Sedih.
Aku sentiasa ketawa.
Aku marah kalah singa.
Aku sedih aku menangis.

Kali ini, hati aku bermanipulasi dengan otak yang ligat berfikir.
Hasil manipulasi, hati aku kini bersedih. Kenapa?Mesti bersebab.

Sekuntum bunga,
Yang manis bahasanya,
Yang indah sifatnya
Aku sentiasa senang bila bersamanya,
Bicara ketawa sntiasa bersama.

Mulanya, bersikap dingin,
Kini, semakin menjauhi aku,
Adakah bosan bersahabat dengan aku?
Atau menyampah dengn sikap aku?
Aku hadiahkan sejambak maaf.
Dengan harapan terima maaf aku.

Hati aku pedih sedih,
Bila lihat kau okay dengan yang lain,
Tapi bila brhadapan dengan aku
kau diam.. langsung tak menyapa.
Apatah lagi hadiahkan senyuman manis buat aku.

Mungkin nampak seperti aku tak ambil peduli
Tak ambil kisah, tapi aku kisah.
Aku peduli.Aku sedar. Aku sangat terasa.
Kau seolah olah membuang aku jauh dari hidup kau.
Hati aku terhiris nipis.
Sampai mengalir jernih air membasahi pipi.

Jujur,
Aku sedih kecewa dilayan sebegini,
Aku rindu bunga yang indah dihati aku dulu,
Sejuta maaf aku hamparkan.

Sayang Arnab.











No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik