Eid Mubarak 1436 hijrah (Part II)


Assalamualaikum,
Dokumentari raya tak habis lagi. Pada episod lepas pengakhirannya dengan watch mee whipp! watch mee nae nae! Dan bersambung keesokannya pulang ke kampung halaman ayah Alor Setaq terketaq ketaqq. Nak habaq laaa kat hampa kampung aku ni dekat jaa dengan muzim padiaq kalau hampa mai Gunung Keriang takpunn Pusat Sains Negara dekat Kedahh ni bukan pusat Sains Bukit Kiara yang tuu jauh celah KL nuuu.Yang wilayah utara punya Haaa dekat sangat laaa dengan kampung aku. Family belah ayah aku takdak laa ramai mana depaa 3 beradik jaaa. Sikit jaa baq hangg. Pastu balik sini kami jaaa adik beradik perempuan. Sepupu yang lainn semua lelaki, 


 Ni laaa muka keluaq keluaq kereta selepas terjebak dengan kesesakan
Dengan bersempit bergaduh dalam kereta lagi. Dan ini adik aku 
yang ketinggian di melebihi takat aku dan perangai macam emm.

 Okay yang ni family tok ndak satu satunya mak sedara ayah yang tinggal.
Yang lain semuanya bertemu Allah ke alam lain antara dunia dan akhirat
termasuk laaa tok aku.Tokndak ni kira kakak arwah tok aku laaa .
Biasa laa kalau gambar ramai ramai ni photographer diaa mesti laa aku.

Raya ke-3 bertemakan tema perisikan antarabangsa. Kisah ini bermula
apabila dua orang spy mintak dokumen dripada ayah mereka
 yang telah dicuri iaitu dokumen berkisarkan kesedapan bihun sup rumah Paklong 
dan kes masih dalam siasatan. 


Ini namanya family. Flowers over man. Sebab ayah sorang jaa 
laki. Pergi mana mana mesti orang tanya semua perempuan kaa?
Ehh taklaaa ni ada sorang laki.

Seterusnya raya rumah Paklong aku yang bihun sup dia memang tiptop
Meletup ssedap dap dap! Makan sekali nak lagi. Mari tengok Mari pilih.
Boleh campuq campuq, Ehh ni pasaq malamm punya trademark.
Dan mereka adalah sepupu lelaki yang bersaing membina lemak.
Dan mereka berjaya yaa. Tuu sapa yang menyorok celah orang tuu.

 Perbandingan ketinggian antara budak PT3 dengan budak Spm tahun ni
Nampaknya aku yang nampak kebudak budakkan lebih. Dan maksudnya
sepupu aku ni akan nampak tuaaa. Tahniahh laaa wei.


Sebelum sekolah start, sempat laa buat open house yang boleh tahan 
jenuh jugak laaa aku bersilat kuali kat dapur goreng chickennnnn
chopp chopp. Tetiba sebiji kereta yang kelihatan penuh muatan
berhenti depan rumah.Sekumpulan gadis melayu yang cantiknyaa
MasyaAllah aku insecure uols. Tengok depa ni aku boleh terlepas
sudip mengoreng ayamm tahuu.  Aku dengan sabun cuci pinggan 
melekat kat tudung laaa apaa laaaa. 

Terima kasih girls datang. Ada jugak classmate aku yang lain datang.
Tapi tak sempat nak bergambar disebabkan waktu yang sentiasa
ligat berjalan walaupun tiada kaki.Terima kasih semua yang datang.

Kesimpulan yang aku boleh buat Aidilfitri tahun ini mengajar aku erti bersederhana dalam 
menyambutnya. Sebab nak Spiyemmm kann tahun ni. Takyah laaa rayaa lebih lebihh...Aidilfitri
 jugak mengeratkan ukhwah silaturahim sesama keluarga yang dekat di sisi dan jauh berbatu,serta kawan yang lain kelas, lain sekolah, di samping jiran tetangga ataupun yang tiada tangga, Cuma yang sangat ketara raya tahun ni apabila most of family aku antisocial sibuk dengan gadget. Aku perati jaa depa ni kecuali tokwan dengan tok jaa laa. Kalau tokwan punn join memang boleh  tahan swag laaa.

Rindu pulak zaman kegemilangan empayar kanak kanak bilaa balik raya jaa memang adaa jaa benda nak main mesti kejar kejar nyorok nyorok. Sampai dulu, ada sepupu aku yg sanggup naik atas siling, panjat pokok punyaa nak menyorok. Yang setakat nyorok dalam bilik air, belakang pintuu tuuu jangan mimpi laaa boleh bertahan lama.Itulah kelebihan zaman kanak kanak, Sekarang ni lain dahh 
masing masing dah besar.Klau nak main lagi macam tuu mampos kena cap buang tabiat dengan mak bapak masing masing.


Tamat Eid Mubarak 1436 hijrah dan tiada
sambungannya lagi.Sekian.







No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik