Mothers Day Celebration

Assalamualaikum.

 Hari Ahad bersamaan dengan 21 Rejab kalender Islam bersamaan dengan 10 Mei sudah termaktub dalam kalender di rumah masing masing dengan ini pada hari tersebut diumumkan jengg jeng jeng Sambutan Hari Ibu satu dunia. Dengan ini selamat Hari ibu kepada ibu di rumah,semua ibu di dunia, yang bakal menjadi ibu, bakal ibu mertua yang entah siapa serta Persatuan Ibu Ibu Malaysia Happy Mothers Day Uols.

Macam tahun lepas,mesti ada something yang special kena bagi dekat ibu. Tapi yang penting mesti kena bagi. Tak kisah laa pen merah sebatang, tudung sehelai, pisau sebilah,payung sekaki haaa apaa apa lagi simpulan bahasa nak bagi bagi semuaa. Okay, tapi tahun ni, minggu ni, minggu exam jadi aku tak sempat laaa nak beli hadiah awal awal preparation yang awesome blink blink untuk ibu.Memandangkan ekonomi kewangan tinggal habuk di dalam tabung angkara GST, takdaa modal nak membeli hadiah.

Sebagai permulaan, aku buat something yang different apa maksud different murid murid berbezaa yaa berbeza dari tahun sebelum ni.Malam Sabtu,aku tinggalkan buku Kimia yang sememangnya menagih kasih sayang aku untuk aku baca dia dengan penuh kasih sayang sedangkan nak exam Midterm Isnin depan. Tapi, aku tinggalkan dia bersengkang mata buat video untuk my lovely bububu ibuu.Pencetusan idea ni yang dahsyatnya muncul lepas sembahyang Maghrib apabila memberi salam pertama berdoa sambil melipat telekung dan sejadah.

Keesokannya, tadaaaaaa! tayangan pawagam amatur tuan pengarah Jannah ditayangkan di depan kaca TV di dalam rumah. Bagi sesiapa yang terlepas boleh laa melanggan Tonton/AstroOnTheGo untuk menonton siaran ulangan.Aku dan adik adik semangnya excited kononnya bajet bajet kreatif. Hahaha.Sekali tak dapat sambutan. Ibu tengok dalam keadaan takda perasaan. Tapi ayah,seronok.Haha banyak komen positif ayah bagi.Cakap good apa semua laa.Agak terkilan jugak laa sebab ibu bagi respon yang hambar.

Jadi inisatif seterusnya, adik adik aku nekad pergi cari jugak hadiah.Alhamdulillah beli buku "Kuasa Ibadah Malam". Simpulan bahasa buku apa? okay sebuah.Sebuah buku untuk ibu.Yeayy. Kemudian, bagilah dekat ibu. Ibu cakap "Alhamdulillah. Thankyou anak anak ibu sayang." Ohhhh. Now I know ibu nak hadiah rupanyaa.Haha.Ibu send message dekat wassap cakap "Thankyou very much anak anak ibu. Ibu bukannya apa,sekadar hendak mengingatkan bahawa hadiah adalah anak yang solehah...maksudnya bila kita hidup kita ingat ibu kita, bila ibu mati apatah lagi." Tipulaaa kalau aku cakap aku tak nangis baca message ni. Berlinangan air mata beserta guruh kilat sabung menyabung.

Its okay ibu.Nanti bila kakjannah dah kerja, hari hari kakjannah pos hadiah kat ibu sampai ibu meluat dapat hadiah.Haha. Everything for you ibuu.As long as you happy.Satu benda nak cakap, Kakjannah sayang ibu sampai Syurga selamanyaa.I love youu.

Sincerely,
Your Jannah Syaqereen







No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik