Masa

Assalamualaikum.


Mempersembahkan post yang julung julung kalinya pada tahun 2015.
Cakap pasal masa. Masa tak pernah cukup bagi aku sebagai seorang pengembala ehh pengembara di tanah laterit berpasir subur yang indah ciptaan Allah ini. Tahun ni aku tak tipu laaa pejam celik tak celik celik dah masuk bulan 4.Cepatnya bumi berputar.Aku sedang mengejar masa berusaha manfaatkan detik saat yang ada buat persiapan menghadapi alam barzakh tuu semestinya laaa. Ni persiapan menghadapi satu lembaga ngeri yang menghantui semua calon SPM 2015. Dan aku antara pahlawan yang terlibat dalam menentukan masa depan sama ada cerah atau meraba di dalam gelap langgar tiang.

Dengan ini si Jennah ingin berkongsilah macam mana cara dirinya uruskan masa yang ligat berjalan tanpa henti ini walaupun jam di rumah rosak. Habis bateri. Malam tetap bertukar jadi siang. Siang tetap betukar jadi malam. Pagi sampai tengahari dah confirm laaa ada kat sekolah. Dalam bulan ni, aku memang busy sikit dengan aktiviti koko antara calon calonnya ialah pertandingan pantun.Pertandingan deklamasi sajak.Pertandingan kawad kaki formasi statik kuak lentang semua.
Hujung bulan ni barulah nak berakhir segala benda alah ni. Ayah dah bagi warning dah stop. Bulan 5 kena speed gear ala ala fast furious 7 untuk Spiyemmmm.

Jadual belajar
Paling utama,buat jadual belajar. Macam aku, aku tak buat pun jadual, aku cuma ambik kertas wrna marker pen tulis besaqq besaqq baq hangg. Listkan satu hari satu subjek.Tampal kat dinding.Contoh Isnin kimia. Simple simple.Waktu atas diri masing2. Kalau aku aku pilih antara 4 sampai 6 pagi untuk bangun sebab waktu tu ja laa otak fresh refresh orenn.Tapi memang susah sikit laa nak bangun dari katil yang empuk rasa terapung atas kayangan.Kadang2 hanyut sampai pukul 6 tak study pun. Hahaha Takpa slow slow. InsyaAllah.
 Homework
Aku ni nak kata muka siap homework selalu taklaaa. Kalau petang buku memang aku tak bukak langsung.Malam lepas maghrib baru gegeh tuu pun bergantunglaa kalau ada tusyen malam tuu kelaut laa jawabnya homework. Bila buat homework malam malam buta mengilai ni, aku kena ada kopi sebalung dan baru boleh berjaga sampai 3 pagi. Nak siapkan homework punya pasal. Esok cikgu tak check punn. Memang haree aaa.Time aku malas nak buat. Esok tuu dia nak check pulak. Memang saja aaa sajaa.


Waktu Kelapangan
Inilah masa yang sesuai untuk berpartyy. Hoho. Tipu laaa kalau aku isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.Semuanya dusta dan rekaan semata mata. Waktu ni laa paling sesuai nak release tension.Lepas hadap buku berjam jam,Buatlaa benda yang kita suka buat.Kalau aku, meroyan dalam rumah.Merempit naik motor tengok wayang. Scroll twitaaa berinstagram.Tengok TV. Buat dunia imaginasi sendiri.Masa diperuntukan maksimum 2 jam.

Itulah tentatif masa kehidupan si Jennah. Sebenarnya pengurusan masa atas diri masing2. Masing2 ada cara masing2.Masing2 boleh berjaya dengan cara masing2. Masing2 boleh hidup dengan cara masing2. Masing2 masing2 semuanyaa masinn.Tapi yang penting solat mesti tunaikan dulu. Baru dapat keberkatan Allah S.w.t. Daaa.











1 comment:

  1. selamat kembali :)

    http://www.rashidahjuhari.com/2012/05/saya-pengedar-shaklee-anda-di-kuala.html

    ReplyDelete

 
Images by Freepik