Holiday Krik Kirk

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Ehem ehem. Dengan ini saya mengumumkan bahawa saya sedang bercuti di dalam rumah.
Menghabiskan masa dengan aktiviti yang agak berfaedah tetapi kurang sihat.
Menikmati keriangan di atas sofa rumah dan menyaksikan keindahan tingkap luar rumah.
Kesimpulannya bosaaannnn.

Cuti ni.
Balik kampung. Balik rumah. Dan aku asyik join rombongan meminang. Tangkap gambar.
Orang yang nak bertunang seronok aaaa. Aku? nak SPM kot. Tak lamaa dahhhh. Tak sampai setahun pun.Tu pun perangai macam budak budak habis UPSR. Holiday? tak berapa holiday travel jauh jauh sangat laa sebab ibu ayah pergi jadi tetamu Allah terbang ke tanah suci.Alhamdulillah dah berangkat dan sekarang ada dekat Madinah.Tanggungjawab sebagai kakak sulung yang beribawa mestilah kena jalankan.Jaga adik adik. Kemas rumah. Basuh baju. Sidai baju. Lipat baju.Ehehehe.Tapi sedih jugak laa tak dapat ikut. Takpa. Belum sampai lagi rezeki aku nak jadi tetamu Allah.InsyaAllah kalau panjang umur ada rezeki. Aku pergi.

Memandangkan aku dah jadi pemegang lesen L. haha macam poyo jaa ayat,sepanjang ketiadaan ibu dan ayah,Aku diharamkan sama sekali menunggang motosikal ke mana mana melainkan dalam kawasan kampung. Kena redha laa. Sebab keselamatan kesihatan memang ibu ayah dan pesan tolong jaga sebaik baiknya. Sepanjang 3 hari ibu ayah takda kat rumah, Lisa pulak demam selsema. Risau aku. Demam rindu agaknya. Dia ada ckap "icha rindu ibu". Aku cakap dalam hati apa kakak boleh buat. Aku taknak kacau ibu ayah beribadat. Soo aku ambik gambar ibu ayah aku bagi dia pegang. Dia tengok. Dia peluk. Aaaaa I kenod. I know she miss them. Tapi dia tak nangis pun. Aku. Dah berair mata dah. Aku cancelkan training motor sebab tak smpai hati nak tinggal dia.

Banyak ujian yg hadapi sebenarnya kat rumah ni. Malam tadi. Entah kenapa tetiba suasana rumah rasa sunyi. Nak makan pun aku tak lalu. Sebab biasanya memang kalau time makan malam satu family akan makan sama sama.Tapi, sekarang semua buat hal masing masing. Hilang terus sifat kekeluargaan. I miss my old family. Cepat balik ibu ayah pleaseee.Hehehehe. Alhamdulillah ada jiran yang sangat caring Cik Ija, Cik Dollah and family. Terima kasih sebab selalu ambil berat sepanjang ibu ayah pergi Umrah. Dan terima kasih nenek, kezen dan mak sedara yang menemani. Anaa sangat hargai pengorbanan antee.

Arigatoo







No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik