Birthday Wishes.

Assalamualaikum.


 Alhamdulillah Allah masih kurniakan jari dan tangan yang boleh membengkok untuk menaip dan umur yang panjang untuk bernafas melihat keindahan ciptaan ilahi. 12 November iaitu semalam aku dah semakin meningkat usia dari 15 jadi 16 tahun. Dan semalam exam Kimia. Rasa takda nikmat yg mendalam dengan soalan macam emm macam...Dan Alhamdulillah. Terima kasih ibu, ayah, family, sahabat yang disayangi atas wish yang diberikan. Terharu. Rasa dihargai. Sayang semuaa sampai syorgaaa.

First wish from Haris. Hahaha dia ni 10 Nov dah wish. Katanya terwish awal pulak. Second, vinith mokmok. Wish awal sehari takut kacau study Kimia.Third, my lovely pretty Makcik Alia yang dirindui.Terima kasihh dear.Kemudian, 3.00 a.m aku terjaga. Buka phone jeng jeng ikan fatengg pulak wish pukul 12.44 a.m. Ingatkan dia ni mamun ka apa. Sebab tabiat dia mmg suka buka phone time mamun.Apa apapun thankyouu babe.

Subuhnyaa, ibu kata birthday girl bangunnn. Pastu boleh cakap ehh tak lahir lagi time ni. Pukul 7.00 baru lahir. Pastu suruh aku pi mandi.Family pun wish, peluk cium semua.Pergi sekolah.Sampai di kelas, krik krik krik krik. Sibuk study kimia semua. Haha. Kemudian, muncul lembaga brtudung hitam baju pengakap kot masuk jaa pintu *Jannah Happy Birthdayy* Hahaha terima kasih sahabat annaa Aini.Disusuli dengan classmate yg baik hati semuaaa. Yg tak tahannya ada yg wish bisik time exam tuu. Farah. Aku ingat dia ni minta jawapan kat aku. Rupanya Happy Birthday* bisik.Ada lagi yg wish bisik.Mereka ni malu agaknya.

Seterusnya, habis paper kimiaa. yeay yeay yeay.Satu kelas nyanyi 'Allah selamatkan kamu'. Maluu aaa.Aku dah ready nak balik. Ada mahluk mahluk halus dan kasar yg dah ready plan nak baling telur.Pabendaaaa hampa ni. Aku bukannya kek. Tapi aku pandai mengelak, melentur menyelit dicelah celah dan terlepas.Yeah.Thankyou Silaa, Eyka, Syuhaidi. Simpanlah telur tuu buat pencuci muka dan kekal flawless. Sebelum balik,ohhh Yaya dan lain lain ada plann. tapi tak jadi hahaha. Ni lawak. Botol coke tuu kononnya nak goncang goncang bagi kat aku last last tak jadi. Main simbah simbah pulak kat aku. Farahin, jadi tukang cuci meja dan kerusi yang ada.Semua dia nak cuci.

Sekali, tersimbah air kat punggung aku.  Tak senonoh aaaa.Semua basah. Fair and square. Hahaha. Aku balik kena mencangkung dalam kereta sebab basah bau air coke.Hahaha Thankyouu semuaa. Keriangan bersama takkan aku lupa. Ada certain wish yang sangat meyentuh qalbu. Deep. Mendalam hingga ke dasar laut. Firstly Anis. My sweety. The cuttie. The beautiful bestfriend I ever have. Serious aku tersentuh. Menitis air mata. Terharu.Betapa panjangnya dia add caption dekat instagram.I love you bae. Second, Hanie maduu.Upload video dekat instagram. hahaha Tak sangka aku. Even baru kenal she is too kind. Thankyouu lovee.Wish paling rare Odan, "Selamat daftar lesen jannah" Haha.

Sebagai pengakhiran, Terima kasihh.Thankyouuu. Arigato, Khamsahamidaa. Aku sangat hargai.Aku tak kisah tak ada hadiah. Aku tak kisah tak ada kek. Keikhlasan hati semua yang wish really make my day.Aku sangat sangatlah bersyukur ada family dan sahabat yang caring.Cuma terkilan sikit laaa ada seseorang menghilang entah ke mana. Aku tunggu. Tapi tak ada. Mungkin ada problem kot. Busy kot.Takpa Think positive. Semoga kita semua berjaya kecapi kejayaan di dunia dan akhirat bersama sama yaa teman teman. Dan paling pentinggg aku dah cukup umur nak daftar lesennn motor. Wuuu tak lama lagi jadi rider.

Goodnight.






No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik